Wednesday, 7 October 2009

Pengalaman Di RPS Kemar Gerik








Okey, sedara-sedara. Pengalaman pertama yang aku nak kongsi ialah sewaktu mengajar di SK RPS Kemar Gerik mulai 5 Mei 2004 hingga 28 Februari 2009.





1. Perjalanan dari Gerik ke SK RPS Kemar.



a. Dari Gerik ke Pengkalan Trojan (jarak 40km masa 40minit). - dari Pekan Gerik terus ke arah Kelantan, masuk ke Pekan Kuala Rui dan terus ke Bersia Lama. Teruslah menuju ke Empangan Temenggor. Sebelum sampai ke Empangan, ada satu simpang terakhir, kiri untuk ke Pengkalan Trojan. Di Pengkalan Trojan ada, pondok Polis atas air. Itu tanda Pengkalan Trojan namanya.



2. Dari Pengkalan Trojan ke Pengkalan Kemar (Jarak 33km, masa 1 jam).






a. kena naik bot. Macam gambar aku tu la. Tapi kalau kome gi sendiri, kena tumpang bot orang kampung (Orang Asli), tetapi kena sampai kat Pengkalan Trojan sebelum pukul 3.00 petang. Bayar la kat dia RM15 seorang. Tapi kalau ramai elok tempah bot, cari pemandu bot kat Pekan Gerik, senang aja cari. Bayaran sewa (tempah) lain sikit, RM230 kot.



3. Dari Pengkalan Kemar ke SK RPS Kemar (Jarak 5-8km, masa 30 minit).

a. ikut nasib la. Kalau mike kuat jalan kaki ke sekolah. Cara kedua, tumpang motor budak muda. Ketiga, ada 'hilux' (4WD), tumpang, bayar la RM5.



3 comments:

  1. Takpe..insyaallah ada hikmah..teruskan perjuangan kita

    ReplyDelete
  2. hehe.. sekarang dia dah senang .. x kene naik bot dah.. naik kete beso lagi pegi sekolah... hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Isa, aku simpati & sedih bila baca perjalanan hang masa mula2 start keja...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.