Saturday 17 October 2009

Khutbah Jumaat 1- 16 Oktober 2009

  1. Alhamdulillah, segala puji dan pujian hanya untuk Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw serta ahlinya.
  2. Inilah yang dikatakan dakwah Islamiyah. Di mana, ajaran Islam itu akan sampai ke segenap pelusuk dunia.
  3. Rata-rata khutbah Jumaat yang lalu, bertemakan 'menghormati agama dan kaum lain adalah sebahagian daripada ajaran Islam'. Saya agak lewat ke masjid (waktu Zohor masuk awal sekarang), dalam perjalanan saya mendengar khutbah di radio. Apabila sampai di Masjid Jame' Lenggong, tema khutbah pun sama.
  4. Ajaran Islam yang berusia lebih 1400 tahun dahulu perlu disebut semula, malah telahpun disebut berulang-ulang kali. Sayangnya, baru kedengaran di mimbar khutbah Jumaat.
  5. Rata-rata laungan, hanya menyeru manusia/rakyat hidup secara aman. Lalu, diambil contoh negara-negara yang bergolak lain supaya ia menjadi 'ugutan' buat orang-orang yang cuba menggugat 'keamanan'.
  6. Siapakah orang yang mahu perpecahan? atau mahukan peperangan, permusuhan hidup dalam keadaan kucar-kacir. SIAPA? Pencuri pun merompak waktu orang tak ada. Pembunuh pun membunuh waktu orang tak tengok. Mereka tak mahu suasana 'kecoh'. Mereka mahukan 'suasana tenteram untuk mereka menyempurnakan misi mereka'.
  7. Sejak 1998 lagi saya nampak berkatnya pejuang-pejuang kebenaran di bumi Malaysia ini. Mereka memilih jalan hidup yang getir untuk menyampaikan dakwah sebegini.
  8. Sejak 1984 lagi saya nampak ada pemimpin-pemimpin yang tidak senang jika rakyat berbilang agama/kaum bersatu. Ditanamkan ke dalam kepala saya dan rakan-rakan saya bahawa kaum ini merbahaya....kaum itu tidak boleh berbuat baik dengan mereka...dan sebagainya.
  9. Api perkauman ini sentiasa ditiup.
  10. Alhamdulillah, ketinggian ilmu mengatasi nafsu. Alhamdulillah atas nikmat Islam, ajarannya kian meresap ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Inilah buktinya, "Al-Quran itu pengubat bagi jiwa-jiwa yang sakit".
  11. Syabas! Kepada Tuan-tuan Imam, teruskan berkhutbah tema-tema seperti ini iaitu tema 'hubungan kita sesama manusia'.
  12. Sungguhpun, orang yang mendengar itu orang Islam sahaja dan di masjid sahaja, orang-orang itulah yang perlu didakwah dahulu sebelum orang bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.