Sunday 1 November 2009

Dato' Hj Saidin bin Hj Mat Piah Pulang ke Rahmatullah

1. Al-Fatihah - itu yang dapat diucapkan bagi mengiringi jenazah.
2. Saya masih ingat sewaktu berusia 12 tahun, peringkat awal aktif dalam UMNO. Terlibat dengan tampal-menampal poster, mendengar ceramah dsb.
3. Nostalgia yang hendak ditulis di sini ialah hebatnya wakil rakyat zaman tersebut.
4. Mereka sentiasa dekat dengan rakyat. Kg Chepor tidak sunyi didatangi oleh wakil rakyat tidak kira ADUN iaitu Dato' Hj Umar Hj Ismail mahupun arwah Dato' Hj Saidin.

5. Seingat aku, mereka bersembahyang Jumaat bergilir-gilir mengikut kampung. Mereka sering bertemu penduduk kampung di dewan orang ramai. Mendengar masalah rakyat, tak kira PAS, UMNO semua ada.
6. Bagaimana mereka boleh berbuat begitu?
7. Wakil rakyat la ni, nak nampak batang hidung pun payah. Tunggu kat pejabat, orang kampung kena keluar ke Lenggong, itupun kalau ada...sibut memanjang. Semenjak dua menjak ni baru buat-buat rajin masuk kampung sebab politik Perak kecoh sikit.
8. Kata orang-orang kuat mereka, Dato' sibuk dengan business. Itu lah sebabnya.
9. Sungguhpun saya tidak rapat dan arwah Dato' Saidin pun tak kenal saya namun pemergiannya hari ini mengingatkan saya kisah silam.
10. Iaitu suatu zaman para pejuang bangsa membina bangsanya.
11. Hari ini ke mana bangsanya? "Ah! Pedulikan semua itu....kalau aku tak kaya..hilanglah semua pangkat, harta dan sanjungan yang aku nikmati sekarang". Dan, "Jika aku 'berjalan lurus' lambat laun aku 'dihumban' oleh 'bos'ku. Aku mesti terus menipu dan menakutkan penduduk Lenggong, barulah aku terus berkuasa!!!".

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.