Monday 1 March 2010

Program Kebajikan - Bantuan Kemiskinan di Perak

Bismillahirrahmanirrahim..............
1. Saya telahpun melihat program-program yang telah dilaksanakan oleh sahabat-sahabat di Kg. Redang Panjang, Selama dan Kg. Temelong, Lenggong Perak yang lalu. Sengaja tidak diselitkan gambar-gambar program di sini kerana bukan program saya.
2. Bantuan berupa barang dapur, pakaian seragam sekolah, beg sekolah, yuran sekolah, susu bayi dan sebagainya.
3. Sahabat-sahabat saya ni cuma mengagihkan bantuan, wang adalah daripada penderma-penderma seluruh Malaysia - sumber zakat individu dan korporat dan juga tabung kebajikan korporat.

4. Bagi saya ianya amat memenatkan, kerana:
    a. bukan senang nak cari, kumpul dan agih bantuan kepada penerima yang layak.
    b. Pemimpin UMNO cuba menghalang penerima, kononnya itu bantuan daripada Pakatan Rakyat.
    c. Orang Pas pulak marah, "Kenapa orang UMNO pun dapat?"
    d. macam-macam lagi laa....
5. Di Lenggong pun, saya dah 'melantik' wakil-wakil setiap kampung. Nampaknya mereka berminat.
6. Kesimpulannya:
    a. Insya Allah, sememangnya saya memohon kekuatan daripada Allah swt supaya dapat melibatkan diri dalam program yang mulia ini.
    b. Andainya inilah antara jalan-jalan ke syurga, aku pilih.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.