Friday 5 March 2010

Jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw Masjid (Lama) Kg. Temelong Lenggong

Assalamualaikum wr.b.
1. Saya sebagai Setiausaha masjid dan bagi pihak J/Kuasa Penganjur program sambutan tahun ini, menjemput Tuan/Puan yang berdekatan, berkelapangan hadir ke majlis tersebut, seperti di bawah:
                  Tarikh: 7 Mac 2010/ 21 Rabiulawal 1431H
                  Hari:    Ahad
                  Masa:  09.00 pagi
                  Tempat: Masjid (Lama) Kg. Temelong, Lenggong, Perak.



2. Sungguhpun saya orang luar (Kg. Chepor, Lenggong), saya juga bertanggungjawab mempertahankan masjid tersebut dari diroboh. Pihak Pejabat Mufti Perak telahpun mengeluarkan arahan itu kerana satu masjid baru telah dibina di Kg. Temelong tersebut. Menurut laporan yang dibuat oleh pemimpin tempatan, masjid lama sudah usang, tidak selamat untuk digunakan, dah nak roboh dan sebagainya.

3. Kami bukan ingin melanggar arahan mufti dan fatwa yang telah dikeluarkan tetapi apa salahnya masjid itu terus digunakan. Ini adalah kerana:
                  a. Masjid itu dibina atas titik peluh 'orang terdahulu'. Mereka bersusah payah menebang kayu di  
                      hutan rimba dan mencurahkan wang ringgit untuk membina masjid itu. Bagi kami, 'wakaf'
                      mereka itu jauh lebih berkat dengan masjid baru sekarang.
                  b. Kemudahan untuk solat jenazah: Tanah perkuburan di situ.
                  c. Tempat solat Zohor dan Asar murid-murid Sekolah Agama Rakyat. Masjid baru jauh. 
                      Takkan la nak berulang-alik dengan cuaca panas.

4. Dengan itu, kami 'terpaksa menghidupkan' masjid ini, supaya 'orang-orang atas' nampak kesungguhan kami mempertahankan masjid ini.

5. Dengan itu juga kami amat berharap agar Tuan/Puan dapat hadir pada hari Ahad ni, berilah kami sokongan moral. Kami bimbang akan diboikot oleh UM...... yang tak henti-henti berusaha untuk merobohkan masjid lama ni. Sebenarnya, mereka bimbang pengaruh politik mereka akan hilang.

6. Bantulah kami untuk mempertahankan Rumah Allah ini.

Terima kasih atas keperihatinan Tuan/Puan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.