Thursday 15 April 2010

Penyampaian Wang Agihan

1. Alhamdulillah....hajat saya untuk memulakan program kebajikan telah diizinkan Allah dan telahpun bermula.
2. Saudara kita, pengeluar zakat telah mengamanahkan kami untuk mengagihkan wang tersebut kepada yang berhak menerimanya.
3. Saya hanya wakil kepada En. Sapuan/Cikgu Zan yang juga mewakili Puan Eli.
4. Berikut adalah senarai penerima setakat 15 April 2010:
    a. Tn.Hj.Ramli bin Hj. Tahir - pengidap sakit buah pinggang (RM100)
    b. Adik Shahir bin Hj. Mohd Salleh - yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang 
        Perubatan dan Hafaz Al-Quran (RM100)
5. Wang tunai yang diberi kepada saya masih ada RM200 - belum diagihkan.

6. Alhamdulillah....jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulur dan menguruskan bantuan ini.



Tn.Hj.Tahir (wakil En.Sapuan/Cikgu Zan) selaku Pengerusi Masjid Warisan Kg.Temelong, Lenggong menyampaikan RM100 kepada Tn.Hj.Ramli pada 9 April 2010.








En.Sapuan menyampaikan wang kepada Adik Shahir pada 11 April 2010.








Sumbangan berbentuk barangan yang bernilai RM50 kepada Puan Maimunah binti Mat. Seorang ibu tunggal yang tinggal di Kg. Chain, Lenggong.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.